Terkini

Ryan ToysReview mula pasarkan jenama mainannya sendiri, 'Ryan World'


Jika sebelum ini dia dilaporkan menjana pendapatan RM45 juta setahun dari YouTube, kini Ryan dilaporkan telah melancarkan permainan kanak-kanak jenamanya sendiri.

Ryan yang mula dikenali dari saluran YouTube, Ryan ToysReview sejak 2015 telah mengeluarkan permainannya sendiri seperti slime, anak patung, pakaian jenamanya yang akan mula dijual di pasar raya terkemuka, Walmart Inc, bulan hadapan.

BACA: Budak berusia 6 tahun ini jana pendapatan RM45 juta setahun dari YouTube

Difahamkan, Ryan telah mengadakan kerjasama dengan PocketWatch memilih sendiri 13 jenis permainan dan pakaian yang akan dijual di bawah nama Ryan's World. 

Permainan yang dijual turut diserakan dengan hadiah misteri itu akan dijual di Walmart pada 6 Ogos ini. 



Ryan yang mula berkecimpung dalam dunia YouTube sebagai pengulas barang mainan kini mempunyai sebanyak 15,379,195 langganan dan telah mencecah lebih daripada 23 bilion penonton. 

About jus oren

Powered by Blogger.