Terkini

'Janji awak tertunai, saya orang terakhir bagi awak'


Percintaan mereka mungkin tidak seindah pasangan lain yang akhirnya ke jinjang pelamin. Tetapi kata-kata janji seorang lelaki yang mengatakan perempuan itu adalah yang terakhir baginya adalah satu janji yang tertunai. Empat tahun yang dilalui mereka merupakan detik yang bermakna. 

Ahmad Firdaus Hilamn Mohamad, pernah melafazkan kesetiannya kepada gadis pilihannya namun ajal dan maut telah memisahkan mereka. Ahmad Firdaus meninggal dunia kerana terlibat di dalam satu kemalangan jalan raya selepas kereta dinaikinya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 55 Jalan Kuantan-Segamat berdekatan Kampung Orang Asli Arung, Pekan. 

Ahmad Firdaus Hilman Mohamad 23, dari Dungun, Terrengganu yang menaiki kereta Perodua Myvi masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan pacuan empat roda jenis Ford Ranger.

Kerana kerinduannya kepada arwah, dia mengabadikan coretan kenangan bersama arwah di Twitter. Rata-rata netizen sebak dengan luahan perasaan tersebut. 


JANJI awak tertunai. Saya orang terakhir bagi awak. 4 tahun yang sangat bermakna. Tenanglah di sana. Semoga Allah tempatkan awak bersama-sama orang yang beriman. Al-fatihah.

Awak baik, banyak berkorban untuk family dan kawan-kawan awak. Tak pernah rasa susah tolong orang. Awak ada masalah, awak diam je. Even saya pun susah nak tahu apa yang awak fikir.

“Dia baik dengan Ana. Dia orang baik. Allah sayang dia”- Maa.

But I’m not ready maa. Tak ready nak hilang dia. Tapi keadaan memaksa. Slow-slow kena redha. People told me to be strong. Yes I’ll. InshaAllah. But not now. Sakit gila nak telan semua ni. 

“Allah uji bagi orang yang mampu” tu pesanan last aku bagi kat arwah. Pesanan tu sekarang berbalik kat aku. Allahu.



Rasa mcm semua ni mimpi. Dia jaga aku dari kitorang diploma sama-sama. Aku masuk degree, setiap hari dia pesan kat aku jangan skip makan kt UMP sebab kesian tengok aku kurus sangat.

Dia dengar je aku sakit, terus beli ubat, 100 Plus, paksa aku turun jumpa dia walaupun aku tak larat. Tak ada transport jumpa aku, dia naik basikal dari KK2. Banyak kali bawak makanan dari KK2 sebab kafe KK3 makanan tak sedap (aku memang mengada pun), bawakan makanan sahurlah. 

Serius, dia layan je mengada aku smpai ada yang tak terlayan sebab mengada sangat aku. Selalu wei tanya dia, dalam ramai-ramai perempuan kenapa  aku? Aku tak lawa. Dia senyum je, dia cakap dah nak buat macam mana. Comel je muka dia malu time aku tanya soalan yang dia sendiri tak boleh nak jawab.

Selalu juga dia cakap dia rindu arwah aboh dia. Selalu. Sehari lepas birthday dia hari itu, dia call aku. Dia nangis cakap rindu aboh. Aku diam tak tahu nak cakap apa. Selalunya dalam WhatsApp je dia cakap. Dia nak aboh dia ada dengan dia.




Arwah sangat independent. Dia yang ajar aku jadi macam dia. Aku ni apa pun tak boleh buat. Ambik lesen kereta pun takut, tak nak. Dia banyak motivate aku. Dia tak nak aku berharap kat dia, kawan dan keluarga. Belajar buat benda sendiri. Walaupun dia dah tak ada, semangat dia ada dengan aku.

Mohon jasa baik korang semua support cita-cita arwah yang belum sempat dimulakan lagi. Kawan baik arwah bantu untuk teruskan business tu. twitter.com/mrikhwanfadli/

About jus oren

Powered by Blogger.