Terkini

Main mercun sehingga menyebabkan kematian Nuraqira, penyelia ladang didenda RM100


Penyelia ladang, Nor Isham Tukiman, 35, yang bermain mercun kelapa sehingga mengakibatkan kematian Nuraqira Khaeefa Mohd Saad, 7, yang cedera parah di bahagian kepala terkena serpihan mercun dalam kejadian 14 Jun lalu di FELDA Papan Timur. 

Tertuduh didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Kota Tinggi selepas mengaku bersalah bermain mercun kelapa tanpa permit. 

"Kalau saya nampak awak didakwa bermain mercun selepas ini, saya jatuhkan hukuman penjara," kata Majistret Mazana Sinin. 

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menyalakan mercun kelapa dan diletak ke dalam paip pvc biru bertujuan menembak mercun ke udara. Malangnya mercun itu meletup di atas tanah di depan rumah mangsa. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3 (1) Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 kerana memasang bunga api tanpa lesen. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3 (5) Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan boleh didenda RM100 atau penjara maksimum seublan atau kedua-duanya sekali. 

Majistret Mazana kemudian menjelaskan, ada sebabnya mengapa kerajaan mengharamkan atau memberi lesen kepada mereka yang mahu bermain mercun. 

"Perbuatan kamu bukan saja membahayakan diri sendiri, dalam kes ini menyebabkan seorang kanak-kanak maut. Walaupun tiada niat, tetapi kena guna logik perbuatan itu bahaya atau tidak.

"Kali ini saya beri amaran terakhir. Tetapi jika kamu lakukan kesalahan sama, saya akan penjarakan kamu mengikut peruntukan undang-undang," katanya. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Azlin Zeti Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Keluarga tertuduh kemudian membayar denda yang dikenakan. 

Nuraqira meninggal dunia pada 18 Jun lalu selepas empat hari dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, akibat kecederaan parah di bahagian kepala terkena serpihan bekas mercun yang meletup, terpelanting dan terlekat di kepalanya pada malam Aidilfitri lalu. 

Sebelum kejadian itu berlaku, Nuraqira bersama dengan sepupunya sedang membersihkan halaman rumah datuknya, 

BERITA BERKAITAN:

About jus oren

Powered by Blogger.