Terkini

Dulu kampung ini pesat membangun, kini dimamah tumbuhan menjalar (11 Gambar)


Perkampungan ini dahulu pernah dihuni lebih 2,000 penghuni yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan bagi menyara kehidupan mereka. Namun keadaannya kini sudah jauh berubah apabila kampung ini sudah dimamah oleh tumbuhan menjalar. 

Kampung Houtouwan terletak di Pulau Shengshan, yang dahulu pernah menjadi tempat untuk 2,000 nelayan kecil menjual hasil laut yang diperolehi mereka. 


Kampung Houtouwan dibina pada tahun 1950. Kedudukannya yang menghadap persisiran pantai dan dikeliling bukit dilihat sebagai strategik untuk industri perikanan. Kepesatan industri itu membuatkan jumlah penduduknya pernah meningkat sehingga 3,000 orang.

Namun, masa berlalu seiring dengan perkembangan industri perikanan, para nelayan juga tidak lagi menggunakan bot kecil dan beralih kepada bot yang lebih besar dan memilih untuk berlabu di sebuah jeti yang baru dibina di pulau berkenaan.

Sejak dari itu, ramai penduduk mengambil keputusan untuk berpindah ke tempat lain pada 1990-an untuk mencari pendidikan yang lebih baik, peluang pekerjaan dan pelindungan kesihatan terjamin. Hanya segelintir penduduk yang masih enggan berpindah dari kampung itu.

Bagaimanapun, pada tahun 2002, semua penduduk kampung itu telah berpindah sepenuhnya. Keadaan itu menyebabkan bangunan-bangunan kediaman itu mula dimamah oleh tumbuhan menjalar menjadikan kampung itu kelihatan cantik dan unik










About jus oren

Powered by Blogger.