Terkini

Ujian urin negatif, Uqasha dilepaskan


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan penahanan seorang pelakon wanita bersama dengan 53 pil dadah jenis eramin 5 bernilai RM600, lapor Kosmo! 

Bagaimanapun, ujian air kencing yang dijalankan terhadap Uqasha Senrose atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 26, didapati negatif dadah dan kemudian dilepaskan selepas keterangannya direkodkan. 

"Polis akan menghantar 53 pil disyaki dadah eramin 5 ke Jabatan Kimia, manakala kertas siasatan berkaitan kemalangan dan penemuan dadah dalam beg pelakon itu akan dihantar kepada Jabatan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya. 

Kes berkaitan penemuan dadah itu disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Sementara itu, Uqasha yang dihubungi oleh pihak Kosmo tidak memberi sebarang maklum balas berhubung kejadian itu dan berjanji akan menghubungi mereka semula. 

"Saya akan hubungi semula," katanya. 

Terdahulu, media tempatan melaporkan Uqasha yang memandu kereta Range Rover terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Honda BRV yang dipandu seorang lelaki dalam kejadian di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail pagi tadi. 

Susulan kemalangan itu, polis bertindak menahan Uqasha yang berada dalam keadaan mencurigakan dan dibawa ke balai untuk siasatan. 

Pemeriksaan rapi ke atas pelakon itu menemukan enam keping aluminium foil berwarna merah yang kesemuanya mempunyai 53 biji pil dadah dalam beg tangan Chanel miliknya. 

BERITA BERKAITAN:

About jus oren

Powered by Blogger.