Terkini

"Saya risaukan kesihatan Tun' - Tun Dr. Siti Hasmah


Tun Siti Hasmah hari ini meluahkan rasa kebimbangannya terhadap kesihatan suaminya, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang tidak cukup rehat sejak menjawat semula jawatan itu pada 10 Mei lalu. 

Menurut Tun Dr. Siti Hasmah, suaminya banyak menggunakan waktu tidurnya untuk meneliti dokumen-dokumen kerajaan sehingga awal pagi.

"Saya risaukan kesihatan Tun yang tidak cukup tidur. Waktu tidur beliau digunakan untuk teliti setiap dokumen kerajaan. 

"Dalam satu malam, beliau teliti lebih 200 dokumen sehingga jam 4-5 pagi. Jam 7 pagi, beliau sudah ada di pejabat," kata Tun Dr. Siti Hasmah yang dimuat naik di laman Facebook Kelab Che Det hari ini. 


Di ruangan komen, netizen juga risau dengan keadaan Tun yang sudah berusia 92 tahun terpaksa menggalas tanggungjawab yang besar untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. 

"Sayangnya Allah pada Tun Mahathir. Allah izinkan Tun Mahathir hidup 93 tahun untuk melihat segala kesilapan dia dan perbaiki balik segala kesalahannya," tulis Ainie Syeema. 

"Harap semua rakyat Malaysia yang sayangkan Tun Mahathir mendoakan yang terbaik untuknya dan negara Malaysia dalam setiap solat kita. For non muslims, you can also pray for him and this country in your own way," tulis Nooraini Ahmad. 

Sementara itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman dalam program MeleTOP semalam berkata, Tun Mahathir yang berusia 92 tahun itu berbasikal setiap pagi Sabtu dan menunggang kuda pada setiap pagi Ahad.

"Saya tengok dia, saya pun boleh rasa penat. Tun Mahathir memang tegas, sangat menepati masa. Tetapi pada masa sama, beliau sangat 'chill' dan kelakar.

"Mutu kerja dia begitu baik, ia memberi inspirasi kepada saya. Dia bekerja dan tidak berhenti bekerja. Tun M walaupun berumur 92 tahun, dia seperti terperangkap dalam jasad 92 tahun. Semangat dia macam umur 30 tahun," katanya.

About jus oren

Powered by Blogger.