Terkini

Pakatan Harapan kekal tadbir Pulau Pinang


Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan negeri Pulau Pinang di bawah pimpinannya apabila PH memenangi lebih 30 kerusi di DUN itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), lapor Harian Metro

Baru sebentar tadi dalam sidang media Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohamad Hashim mengumumkan PH berjaya membentuk kerajaan di negeri Pulau Pinang. 

Sementara itu, Lim Guan Eng berkata, kemenangan itu adalah milik rakyat Pulau Pinang dan berjanji akan membentuk kerajaan negeri baharu dengan komited berkhidmat dengan lebih baik. 

"Kemenangan ini adalah untuk semua, kemenangan untuk rakyat Pulau Pinang. Secara tidak rasmi, kita sudah mendapat cukup kerusi bagi membentuk kerajaan negeri baharu.

"Bagaimanapun, saya meminta semua penyokong bertenang dan bersikap matang. Kita semua boleh balik ke rumah terlebih dahulu dan tunggu keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya pada sidang media di Georgetown, malam tadi.

Dalam pada itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, pihaknya menerima keputusan rakyat Pulau Pinang secara terbuka.

About jus oren

Powered by Blogger.