Terkini

'Fake photo semata-mata nak tunjuk propaganda konon program pembangkang dihadiri ribuan orang' - Zambry


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, gambar-gambar ceramah yang dianjurkan Pakatan Harapan (PH) yang dihadiri ribuan orang ramai tersebar di media sosial adalah palsu, lapor Berita Harian

Beliau berkata, penyokong Barisan Nasional (BN) tidak perlu gentar dan terperdaya dengan permainan propaganda PH yang dilakukan sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

"Jangan rasa gentar walaupun kita diasak oleh mereka (PH), mereka menunjukkan kepada kita kononnya mereka mendapat sokongan ramai. 

"Tetapi semua orang tahu juga, ada foto yang dimuat naik itu adalah foto yang dipanggil 'fake photo' semata-mata nak tunjukkan propaganda mereka yang 'wow' program mereka dihadiri ribuan orang daripada 5,000 ditambah ke 50,000, 2,00 dikatakan 20,000, 30,000. 

"Ini adalah pendekatan propaganda yang sedang dimainkan dan yang paling mustahak kita ahli BN jangan rasa gentar dengan permainan itu," katanya ketika berucap pada program perhimpunan 'Hebatkan Negaraku' yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Konvensyen Sungai Siput, semalam. 

Justeru, Pengerusi BN Perak itu meminta semua penyokong BN membina semangat rakan mereka bagi memastikan kejayaan sehingga 9 Mei ini dan terus berada di barisan hadapan tanpa gentar dengan sebarang permainan dan propaganda pembangkang yang hanya berbaki beberapa hari saja lagi. 

About jus oren

Powered by Blogger.