Terkini

(Video) 'Semua aku bagi rendang, polis pun aku bagi rendang, mesti aku menanglah' - Diva AA


Selebriti kontroversi, Azwan Ali sah bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), lapor Harian Metro.

Azmin yang terdahulu menegaskan dia berhasrat untuk bertanding bagi menentang abangnya iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang merupakan penyandang kerusi DUN tersebut. 

Bagaimanapun berkata kepada pihak media hari ini, Azwan atau gelaran popularnya Diva AA menyatakan dia telah berfikir masak-masak dan mahu menghentikan segala kecaman terhadap abangnya itu. Sebaliknya, dia mahu memberikan fokus sepenuhnya terhadap kebajikan pengundi di kawasan tersebut. 

"Saya nak beritahu kepada semua peminat, tak payah nak kutuk-kutuk. Hentikan semua kekarutan ini. Kalau Azmin ali ada di sini pun, aku cium dia lah. So what?" katanya apabila ditanya mengenai mengapa abangnya tidak hadir di pusat penamaan calon itu. 

"Siapa menang siapa kalah, it just a matter of time. Kun faya kun. Tuhan dah tetap, kau kalah dik. Sebab itu saya dapat nombor dua, saya tak rasa apa pun. Tapi nombor dua sekurang-kurangnya saya dapat beat Azmin Ali. Belum apa-apa, Azmin jatuh nombor tiga, I nombor dua. 

"Jadi orang baca nama I dulu, orang nampak gajah dulu, orang pangkah. Kalau kau pangkah yang lain, kau mati kena pijak dengan gajah. Habis kau mati kena lenyek keluar taik," katanya. 

"Sama ada rakyat pilih saya atau tidak, itu tidak penting. Apa yang penting saya hentikan semua (kecaman) negatif mengenai Azmin Ali. Yang saya kata saya nak telanjangkan dia, nak jahanamkan dia, itu cuma gimik sahaja. 

"Gimik maknanya, it's my plan to telanjangkan Azmin tetapi setelah saya berfikir masak-masak, tak perlu," katanya yang turut mendedahkan kasut yang dipakainya pada hari penamaan calon ditaja oleh suami kepada Rozita Che Wan, iaitu Zain Saidin. 

"Tak kisah saya menang atau tak, tapi no kutuk-kutuk Azmin. Dia perjuangan dia, saya perjuangan saya. 

"Aku nak bagi rendang, tak nak sudah. Undilah aku, aku bagi rendang. Kawan-kawan semua aku bagi rendang, polis-polis pun aku bagi rendang. Mesti aku menanglah," katanya. 



Azwan dijangkakan akan menyediakan 50,000 bekas rendang ayam dan daging untuk penyokong setia yang bakal mengundinya di PRU14 nanti.

Selain Azwan, turut bertanding menentang Azmin adalah Salwa Yunus (BN), Syarifah Hazlizah Syed Ariffin (PAS) dan Ahmad Kamarudin (PRM)

About jus oren

Powered by Blogger.