Terkini

Stress bekerja, antara punca golongan muda mendapat kanser


“Kanser ini jahat, lagi kita murung lagi cepat selnya membiak. Sepuluh peratus lagi punca kanser ialah kerana faktor keturunan.” 

Kanser merupakan satu penyakit yang digeruni oleh semua kerana penyakit ini jika tidak dikawal dengan baik akan memudaratkan pesakit dan boleh menyebabkan kematian. Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Hilmi Yahaya di dalam Mstar, kira-kira 100,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser setiap tahun dan kaum wanita merupakan paling ramai mengalami penyakit ini. Jumlah ini membuktikan bahawa kaum wanita perlu mencegah penyakit ini daripada terus merebak kepada diri mereka. 

Satu catatan ringkas yang telah dikongsikan Sri Diah Shaharuddin di laman Facebook mengenai kanser. Berdasarkan catatan tersebut, tiga dari enam wanita terbabit menghidap kanser payudara manakala selebihnya menghidap kanser servik dan hati, serta kanser kelenjar. Mereka semua merupakan di dalam golongan yang bekerjaya, mempunyai keluarga dan anak-anak dan mereka juga selalu membuat pemeriksaan kesihatan.

Catatan ini juga dibuat adalah untuk merungkai mengapa penyakit kanser mudah dihidapi oleh wanita ketika usia masih muda. Stress, faktor keturunan, corak bekerja dan kemurungan merupakan beberapa punca kanser ini menyerang wanita.

BERAT hendak saya kongsikan hal ini. Namun demi semua wanita yang dikasihi, saya gagahkan untuk membuat catatan. Ini adalah hal antara hidup dan mati. 

Perhatikan angka-angka ini:
  • S: 33 tahun - kanser payudara
  • M: 32 tahun - kanser payudara
  • M: 35 tahun - kanser servik
  • E:  33 tahun - kanser kelenjar
  • Z: 44 tahun - kanser hati dan servik
  • M: 40 tahun - kanser payudara dan tulang

Catatan di atas adalah senarai rakan dan saudara yang dekat dalam hidup saya. Mereka telah ditakdirkan dengan serangan kanser. Mereka ini bekerjaya, mempunyai keluarga, ada suami dan anak-anak.

Satu hal penting yang perlu dicatat adalah mereka tidak culas membuat ujian kesihatan setiap enam bulan atau setahun sekali. Dua daripada rakan-rakan saya ini sedang berjuang dan mengharapkan sokongan untuk sembuh. Empat yang lain sudah pergi dulu.

Intipati tulisan ini sebenarnya hendak beritahu, semakin ramai wanita Malaysia mendapat kanser ketika usia muda. Mengapa? Kata doktor, pemakanan dan corak pemakanan adalah antara punca kanser. Turut menyumbang ialah stress bekerja, kemurungan dan tidak ada masa merehatkan fikiran. 

Kanser ini jahat, lagi kita murung lagi cepat selnya membiak. Sepuluh peratus lagi punca kanser ialah kerana faktor keturunan. Pemeriksaan ulangan yang dijalankan setiap enam bulan atau setahun sekali bukan boleh dipercayai seratus peratus.

Kanser boleh membiak dari Tahap  1 ke Tahap 3, hanya dalam tempoh seminggu. Apabila menjelang hari ke lapan, kanser sudah terus ke Tahap 4!

Kawan, jika sayang sahabat wanita kita, jangan beratkan fikiran mereka. Mudahkan tugas mereka, tolong ringankan stress dia. Sumbangan itu walau nampak sikit namun besar impaknya. Tolonglah.

Nasihat kepada golongan suami, tolonglah ringankan stress isteri. Anak-anak pula, tolong jangan serabutkan fikiran mak. Kawan-kawan perempuan, jangan pentingkan diri sendiri dan sesakkan fikiran kawan lain dengan hal remeh-temeh. Stress adalah punca kemurungan. Apabila murung, sel kanser akan bangkit bermaharajalela!

Terima kasih Drzubaidi Hj Ahmad. Komen Dr menginspirasikan tulisan ini. Kita tidak mahu lebih ramai lagi wanita menderita kanser pada usia muda. 

#PRIDE #LindaMohdNor
#cancerfighter #sridiahnotes

About jus oren

Powered by Blogger.