Terkini

'I nak beranak di Prince Court, kalau you bawa I pergi hospital kerajaan, I tak nak teran anak kita'


Apabila seorang isteri disahkan mengandung, pelbagai persiapan yang perlu difikirkan. Bukan sahaja persiapan peralatan bayi, tetapi hospital mana yang sesuai untuk bersalin. Bagi golongan yang berkemampuan, hospital swasta menjadi pilihan mereka untuk mendapatkan lebih keselesaan. Tetapi bagi sesetengah isteri, cukup sekadar hospital kerajaan kerana bagi mereka sakit melahirkan anak semua sama sahaja.

Mohd Hilmi yang bertugas di salah sebuah hospital swasta memberikan teguran kepada semua wanita yang bakal bergelar ibu supaya tidak terlalu mengikut trend terkini bersalin di hospital yang gah. Dia juga berkata, setiap isteri perlu melihat kemampuan suami masing-masing sebelum membuat keputusan untuk bersalin di mana. 

Dia juga menceritakan mengenai pengalamannya yang berurusan dengan seorang suami yang berkorban bekerja siang dan malam untuk memenuhi permintaan isterinya yang mahu bersalin di Hospital Gleneagles. Menurutnya, suaminya adalah pekerja biasa sahaja. 

Sementara itu, seorang pengguna Twitter telah dikecam kerana memuatnaik status yang berbunyi ‘Jaga-jaga bakal suami, I nak bersalin di Prince Court, tau. Kalau you bawak I pergi ke hospital kerajaan, I tak nak teran anak kita’



BILA baca tweet perempuan ni, teringat masa tahun 2016 dulu. Ada sepasang suami isteri ni datang nak admit kat Gleneagles Medini untuk LSCS. Masa isteri dia bagi IC kat aku, suami dia cakap “haaaa ni yang awak nak kan? Nak beranak kat hospital ni”. 

Aku pun tanyalah apa maksud suami dia cakap macam tu. Dia kata dia ada lalu kat depan Gleneagles masa Gleneagles belum buka lagi. Masa tu isteri dia kata kalau nak anak, suami dia kena bawa dia beranak kat Gleneagles.

Selepas aku dah pulangkan IC, isteri dia terus duduk kat sofa tempat menunggu sementara aku nak settlekan pasal bed dan deposit dengan suami dia. Aku pun cakap kat suami dia yang aku kena collect deposit RM8,000 sebab ikut hospital policy, memang kena bayar deposit atleast 80% from the total estimated procedure cost (policy masa tahun 2016). Dia memang book single ward masa tu. 

Suami dia jawab “Ada encik, saya memang ada bawa cash RM10,000 ni. OT siang malam ni encik nak kumpul duit ni,” sambil dia ketawa bangga. Kesian jugalah aku dengar sebab suami dia kerja biasa-biasa je.

Selepas itu suami dia tanya lagi, “Kenapa tadi encik kata estimated cost? Bukan ke memang RM10,000 untuk beranak operate kat sini?”. 

Aku pun cakaplah berdasarkan pengalaman aku kerja situ, tak pernah lagi ada LSCS case yang bil dia RM 10,000 sebab bergantung pada keadaan isteri dia dan baby dia. RM10,000 itu cuma anggaran kes LSCS paling simple saja. Selalunya LSCS case dlm RM 11,000 hingaa RM 13,000 bergantung pada case. Kalau ada complication, lagi mahallah.

Aku bukan nak takutkan suami dia tapi aku tak nak bagi harapan palsu. Muka suami dia terus berubah. Suami dia cakap “Saya memang ada RM10,000 je encik. Ada lagi sikit duit dalam akaun saya. Itu untuk buat kenduri untuk baby nanti”.

Tapi aku cakap kat dia, dia masih ada masa kalau nak ubah fikiran untuk bawa isteri dia pergi GH kalau betul-betul duit dia cuma cukup setakat itu, sebab due date isteri dia pun belum sampai lagi sebenarnya dan isteri dia belum ada contraction. Lagi pula, dia dah memang ada buku pink GH tu. Ataupun, dia boleh duduk kat double bedded sebab estimated cost untnk double bedded LSCS cuma RM8,000 lebih je masa tu. 

Selepas tu suami dia jawab “Tak apalah encik. Proceed je. Memang dia teringin nak beranak kat sini. Lagipun kalau duduk kat ward dua orang, saya tak boleh teman dia tidur kan?”. 

Aku pun proceed je lah admission tu. Masa aku pakaikan wristband pada isteri dia tu, muka isteri dia memang nampak macam excited gila. Maklumlah, belum rasa sakit lagi. Hehe. Selang dua hari selepas itu aku tengok dalam sistem, isteri dia dapat discharge dah. Total bil lebih RM11,000. Tapi baby dia masih tak dapat discharge sebab jaundice. Maksudnya, bil akan semakin bertambah-tambahlah.

So kepada para isteri, janganlah nak ikut trend sangat atau nak beranak kat hospital yang gah sangat kalau dah tau si suami tu tak berapa mampu. Ni baru-baru ni tengok Siti beranak kat Gleneagles, jangan pula terus teringin beranak kat Gleneagles. Huhu. Kesian kat suami tu. Bertolak ansurlah. 

Duit itu boleh buat benda lain yang lebih penting lagi lepas baby tu dah dilahirkan. Kalau yang betul-betul mampu, silakanlah. Tak salah pun sebab memang selesa pun kalau dok kat hospital swasta. Alangkan staff hospital yang dapat diskaun itu pun takut nak beranak di hospital itu.




Selalu org sebut pasal betapa besarnya pengorbanan isteri mengandung dan melahirkan anak. Ye, memang tak ada sesiapa dapat nafikan pengorbanan isteri dan ibu, tetapi tak ramai yang sebut pengorbanan suami yang macam ni.

About jus oren

Powered by Blogger.