Terkini

(Video) 'Macam ini nak jadi pilot? Bundar pun tak tahu?' - Cita-citanya menjadi bahan ketawa


Viral di media sosial video luahan pengalaman seorang lelaki yang mendakwa cita-citanya mahu menjadi seorang juruterbang diperlekehkan oleh guru sekolahnya ketika darjah lima. 

Video yang dimuat naik pada 27 Februari oleh Akeem Sharyzal itu kembali viral di media sosial. 

"Dia tanya aku, 'Fadzreen, apa cita-cita awak?'. Aku cakaplah aku nak menjadi seorang juruterbang, pilotlah. Dia gelak kau tahu, 'hahaha'. Dia memperkecilkan cita-cita seorang kanak-kanak kot? 



"Dari kecil dah diejek dan dia suruh kawan-kawan aku ejek. 

"Macam ini nak jadi pilot? Bundar pun tak tahu?" 

"Dia tak tahu ke aku hidup lama lagi? Kau boleh ramal masa depan orang ke? Aku baru darjah lima kot? Habis, darjah enam aku tak boleh dapat lima A? Kau boleh tentukan ke? Kau tuhan ke? 

"Jadi sebagai seorang guru yang berwibawa, ada integriti baik (mungkin akan berkata begini):

"Okey Iqmal, kalau awak nak jadi seorang pilot, awak kena fokus matematik. Awak kena fokus ini dan itu, awak tak boleh macam ni. Awak jangan jadi malas," 

"(Nasihat/teguran) seperti itu baru betul. Aku tak kisah, lagipun perkara itu dah lama, aku pun dah tak jadi pilot pun. Cuma perkara ini sampai dewasa pun aku ingat. Sampai sekarang aku meragui guru-guru di Malaysia. 

"Ada tak intipati dalam diri? Kau nak ajar geografi kan? Ilmu geografi kau tinggi kan? Tetapi intipati seorang guru, seorang ayah, seorang ibu? Ada tak? 

"Kau nampak memang kurang ajar budak ini, dia pancitkan tayar kereta kau. Kau tak boleh judge dia, kau kena bantu dia. 

"Di institusi perguruan, dia minta SPM straight A, minta diploma empat pointer ke atas, tetapi dia tak test mentaliti seorang individu nak menjadi seorang guru, tak ada. 

"Tahu-tahu, maki. Budak darjah satu ke enam ini, mereka tak tahu apa. Apa yang mereka tahu mereka nak main saja. 

"Tapi aku kena macam itu. Perkara itu bukan main-main sebenarnya. Dia langsung tak bantu aku jawab soalan bundar itu, tak. Daripada maki-maki, gelak-gelak, settle. Dia tak tolong aku pun," katanya dalam video tersebut yang telah dikicau 36,173 kali di Twitter. 

Bagaimanapun dalam penjelasan Iqmal selepas video itu viral meluas di media sosial, Iqmal menegaskan dia tidak menghina guru dan institusi perguruan. 

"Saya secara jujurnya tidak menghina dan tidak ragu-ragu pun pada institusi perguruan di Malaysia. Saya percaya ramai guru yang baik dan berwibawa di luar sana. 

"Saya memohon maaf di atas kata-kata saya yang mungkin membuatkan anda terasa dengan cara saya bercakap yang penuh bersemangat itu kerana ketika itu saya hanya berbual dengan kawan-kawan sahaja. 

"Tiada niat untuk memburukkan mana-mana pihak pun. Saya hanya bercakap melalui pengalaman saya sahaja. Saya harap kata-kata yang saya luahkan itu tidak menjadi salah faham lagi kepada anda semua. 

"Dengan ini sekali lagi saya memohon maaf dan terima kasih atas pandangan anda semua," katanya. 


Buang yang keruh, ambil yang jernih. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sama-sama kita ambil iktibar dan jangan hina impian/cita-cita orang walaupun kanak-kanak. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua.

About jus oren

Powered by Blogger.