Terkini

'Dia tanya saya 'tindik kat bawah' tu sekali ke?' - Gadis tampil dedahkan kejadian sebenar


Susulan viral dakwaan seorang remaja menerima gangguan seksual dari seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), wartawan mStar Online telah menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan sebenar mengenai kejadian itu. 

Menurut laporan mStar, gadis berkenaan merupakan anak saudara kepada seorang ahli politik itu mendakwa kejadian itu berlaku di sebuah institut memandu di Shah Alam pada Rabu lalu sebelum berkongsi mengenai kejadian itu di Instastorynya pada hari yang sama sehingga viral di media sosial. 

Selain mendakwa anggota berkenaan menunjukkan video lucah, Nur Nabila Mohamad Nasir, 17, anak kepada seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' juga mendakwa pegawai terbabit bertanyakan soalan tidak senonoh selepas mengetahui dia mempunyai tindik di bahagian hidung. 

"Dia tanya 'saya tindik kat bawah tu (alat sulit) sekali ke?'. Saya cakap 'pakcik' tolong berhenti, saya rasa tidak selesa'. 

"Selepas itu dia bertanya, 'ada gambar-gambar seksi tak (untuk) hantar) kat saya?'. Tetapi saya kata tak ada dan cuba untuk bertenang sebab tidak mahu dia menggagalkan (ujian) saya," katanya. 

Selepas ditunjukkan video-video lucah, Nabila mendakwa pegawai terbabit turut mengeluarkan kata-kata berunsur lucah. 

"Saya rasa nak menangis dan menggeletar. Tapi saya terpaksa bertahan dan tunggu selepas saya selesai ujian sehingga dia meluluskan saya. 

"Malah saya terpaksa beri nombor telefon yang palsu selepas ditanya sekali lagi," katanya anak ketiga dari empat beradik itu sebelum mengadu kejadian tersebut kepada bapanya. 




Pihak mStar Online juga telah menghubungi pihak JPJ dan kini sedang menunggu maklum balas mengenai dakwaan remaja berkenaan.

About jus oren

Powered by Blogger.