Terkini

Ibu bapa jangan lupa daftar anak masuk Tahun 1 2019 secara online


Bagi sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2012 (berumur 6 tahun pada 2018), yang lahir pada 2013 (berumur 5 tahun pada 2018) atau yang lahir pada 1 Januari 2014 (berumur 4 tahun pada 1 Januari 2018), wajib ambil tahu tentang perkara ini. 

Ini sebagai peringatan untuk diri sendiri yang terlepas pendaftaran online Tahun Satu, Amna, pada tahun lepas ketika Amna berumur lima tahun. 

Seperti biasa, ayat ini keluar "Alah, tahun depan kan ada" sedangkan tahun depan (tahun ini 2018) saya perlu berebut untuk daftar dan tak boleh lupa atau Amna tak bersekolah. 

Garis panduannya begini:

1. Anda adalah penduduk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak masih menggunakan borang pendaftaran manual. 

2. Alert dengan website di mana pendaftaran secara online akan dibuka bermula 1 Mac 2018 - http://ift.tt/1hyKmbI

3. Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi, boleh mula siapkan dokumen dari hari ini. 

4. Dokumen yang diperlukan
  • Sijil lahir anak (salinan + asal)
  • Kad Pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
  • Surat nikah/cerai (salinan + asal)
  • Bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
  • Sampul surat standard dan setem
  • Laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan


5. Alert dengan tarikh semakan status permohonan. Jika berjaya, boleh proceed nombor 3 dan 4. Jika tidak, perlu buat rayuan segera. 

About jus oren

Powered by Blogger.